BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

السلام عليكم

Sabtu, 30 Oktober 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah. 

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.. 

Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 


Warfa'nii (angkatlah darjatku) 

Warzuqnii (berilah aku rezeki) 


Wahdinii (berilah aku petunjuk) 

Wa'Aafinii (sihatkan aku) 


Wa'fuannii (maafkan aku) 

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.



Rabu, 27 Oktober 2010

5 PhOtO iNoVaSi DaN TeKnOLOgi GgGe2153

 Ujian ini merupakan kaedah sains kesihatan yang baru di negara ini. Ia digunakan untuk mengelakkan keraguan terutama di kalangan umat Islam. Seharusnya ada fatwa dikeluarkan berhubung isu ini untuk mengelak kekeliruan. Ujian ini juga, dilakukan oleh pasangan bakal berkahwin pasangan mereka sama ada bakal suami dan isteri sama ada kedua-kedua mempunyai penyakit dan lemah genetik contohnya, leukemia yang menyebabkan tidak akan berkahwin.

 Ada baiknya kerana mereka dapat melakukan pencegahan awal tetapi perkahwinan sebenarnya lebih dituntut untuk mengelakkan maksiat.
2. Tungku Elektrik Terkini dan Sensasi

Produk ini diperbuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan. Bahan fabrik bantal ini diperbuat dari bahan anti–kuman/bakteria. Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat yang cukup bersih. Ia juga mampu memanaskan badan akibat terasa suhu yang sejuk, Hygienic serta menyenangkan . Boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
Tungku Elektrik ini tahan lama dan suis kawalannya dapat menyelaras kepanasan cecair di dalamnya secara automatik di mana dapat mengelakkan suhu yang berlebihan . Jaringan wayar kelulinya dapat menyalurkan kepanasan dengan mudah.

Tungku Elektrik ini amat sesuai untuk tujuan mengelakkan :
o    -Sakit mata
o    -Sakit kepala
o    -Sakit gigi
o    -Kepanasan badan
o    -Sakit leher
o    -Sakit bahu dan belakang
o    -Tergeliat
o    -Sakit tulang/otot reumatisme
o    -Sakit haid ( senggugut )
o    -Menghilangkan buncit
o    -Untuk wanita lepas bersalin (berpantang)               



Keistimewaan tungku ini ialah:-
1.      Pilihan warna yang menarik
2.      Menggunakan elektik sebagai tujuan pemanasan (caj semula)
3.      Tempoh untuk memanaskan 5 – 8 minit dan kepanasan tungku mencecah 70° hingga 80° celcius
4.      Kepanasan dapat bertahan diantara 2 – 3 jam .
5.      Mempunyai pengawal suhu untuk mengelakkan tungku terlalu panas (selamat digunakan untuk melindungi kulit anda)
6.      Cecair berubat hanya diisi sekali dan anda dapat menggunakannya buat selama-lamanya.
7.      Mudah digunakan dan dibawa kemana-mana.
8.      Diperbuat daripada plastik bermutu tinggi yang lembut bahannya.
9.      Mendapat pujian ramai yang menggunakannya dan layak disebut “Guardian Spirit   For Family Health And Beautiful” kerana bermanfaat yang telah dipersembahkan untuk kesihatan manusia.




3.Bateri Usb 





Se Sejak bertahun atau mungkin berabad lamanya, kegunaan bateri tidak pernah menjadi bahan yang kita boleh abaikan. Ia amat diperlukan dalam kehidupan harian kita yang malas ni. Maklum la..nak tukar siaran TV pun pakai remote control, nak pasang aircond pun guna remote juga, benda alah ni semua kalau ada bateri barulah dia hidup. Jam dinding pun kena guna bateri juga. Statistik menunjukkan 15 bilion bateri digunakan setiap tahun. Wah..banyak tu.
Pe  Pelbagai teknologi dihasilkan sehingga lahirnya teknologi terkini yang mana bateri boleh di cas semula. Bateri cas semula ni dianggap lebih portable dan mudah di bawa ke mana-mana. Bahkan kamera digital pun banyak menggunakan bateri seperti ini. Tapi sayang, bateri seperti ini memerlukan chargernya yang tersendiri. Kalau terlupa nak bawa, susah juga kepada kita.

K   Kini lahirlah era baru untuk bateri versi lama tersebut iaitu bateri yang boleh dicas menggunakan usb. Tengok saja gambar yang disediakan diatas, anda dah pun tahu bagaimana nak menggunakannya. Lihat, menarik bukan! Dengan potensi untuk dicas menggunakan usb anda boleh mengecasnya di mana-mama saja yang ada komputer, laptop dan apa-apa saja yang menyediakan USB port.

4.   4. Alpha Ultrasound 

     Keterangan
Si  Si kecil yang berada di dalam rahim tidak mampu dilihat oleh mata, tapi ianya boleh dirasakan oleh ibu-ibu yang hamil.. Teknologi ultrasound memberikan kemampuan untuk "mengintip" keadaan si janin di dalam rahim, bahkan mengetahui kelamin si bayi. Ada sebahagian orang yang tidak ingin melakukan ultrasound. Di lain pihak, dengan adanya ultrasound, para ibu boleh mengetahui keadaan dan kesihatan si kecil.
     - Memeriksa kesihatan bayi

- b-  Boleh mengetahui keadaan bayi
-S  - Sama bayi normal atau tidak
--    Memastikan ada berapa janin di dalam rahim

-.    Apakah ada kemungkinan bayi kembar atau tidak.
- Memahami posisi si janin. 
- Mengukur lingkar kepala, perut, dan paha untuk menentukan usia dan berat si bayi. 
- Mengetahui letak dan tingkat plasenta. 
- Mengukur banyaknya cairan ketuban yang melindungi si janin. 
   
          5. Apple iPhone 3G S
         


         
K   KETERANGAN

  1. 1.Aplikasi kompas digital
      Sejujurnya, saya amat tertarik dengan teknologi kompas yang terbina pada iPhone 3G S ini. Dengan teknologi ini, kita boleh mencari arah dengan mudah dan ia pasti amat membantu ketika menggunakan aplikasi Google Maps. Selain itu, ia turut memberitahu kita dalam menentukan koordinat lokasi dengan tepat di mana jua kita berada di muka Bumi ini.
2        .Pencarian Yang Lebih Mudah Dengan Spotlight Search
     Terlupa di mana tempat menyimpan nota kelas atau minit mesyuarat di dalam iPhone 3G ? Dengan aplikasi terkini Spotlight Search, ia boleh mencari apa sahaja di dalam iPhone 3G S meskipun terlupa lokasi anda menyimpannya. Yang penting masih ingat nama fail tersebut.

3        Ruang memori yang lebih besar
     iPhone 3G S di datang dalam dua versi memori iaitu 16 GB dan juga 32 GB. Dengan ruang sebesar itu, iaitu pasti mencukupi untuk menyimpan sebanyak mana mp3 dan rakaman video yang anda mahukan.

4        Bateri dengan tempoh hayat yang lama
      Boleh melayari internet dengan Wifi selama 9 jam manakala ia juga boleh memainkan video selama 6 jam.
5        dijual di Amerika Syarikat mulai 16 Jun 2009 pada harga AS$ 199.






3