BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

السلام عليكم

Sabtu, 9 Oktober 2010

KaSiH UmMi yANg TiDak TeRNiLai

Firman Allah Ta'ala " Aku tuhan yang bernama Ar-Rahman, dan ditempat ini (tempat melahirkan anak) bernama Rahim. Aku pecahkan untuk rahim itu satu nama  dari nama-nama Aku (Ar-Rahim). Maka sesiapa yang berhubung dengannya,Aku juga turut berhubung. Dan sesiapa yang memutuskannya, Aku juga memutuskan hubungan dengannya".( Hadis Qudsi) Umi Yang Ku SayaNgi..........miiiiii...

KeBaiKaN mEmBeRi NaMa (DaLaM IsLaM)

" Seseorang telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan  bertanya : Ya Rasulullah, Apakah hak anakku ini?" Nabi s.a.w menjawab" Memberinya nama yang baik,mendidik adab yang baik,dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu)" Seperti yang kita tahu, setiap insan yang hidup di atas muka bumi ini mempunyai nama. Nama adalah penting untuk menentukan identiti seseorang itu, tidak kira bangsa dan juga keturunan...:-)

Kejadian Manusia ( Perut Ibu Sebagai Tunggangan)

Kali ini terdetik dihati ingin menulis sedikit sebanyak mengenai kejadian kita iaitu manusia, yang sememangnya melalui pemprosesan yang sama..Merujuk kepada Kitabullah Al-quran Al-Karim..بسم لله الرحمن الرحيم 12..Dan sesungguhnya kami jadikan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah:13. Kemudian kami jadikan "pati itu" (setitis) air benih pada penepatan yang kukuh:14.


23_1212. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
23_1313. kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;
23_1414. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
23_1515. Kemudian, Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
23_1616. kemudian Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
(surah : al-mukminun : 12 – 16)

Rabu, 6 Oktober 2010

T3GuR@N iTu PeNTiNg

Orang yang menegur orang lain mestilah bersedia menerima teguran orang lain.
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
     


OraNg yAng MeNeGuR
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.


Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

0raNg YaNg diTeGuR

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

       Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
      Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.