BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

السلام عليكم

Khamis, 2 September 2010

9 Make-uP sEoRaNg MuSLimAh

Sempena bulan yang penuh berkat ini marilah sama2 kita menghidupkan malam dengan beribadah dan bermunasabah diri. Antara cara2nya adalah:

1.Jadilah ghoddul basor (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda, nescaya berseri apabila dilihat orang.
2.0leskan liptik kejujuran pada bibir anda nescaya semakin manis kata-kata anda.
3.Gunakan pemerah pipi anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang dijual di saloon imam.
4.Hiasilah kedua-kedua tangan anda dengan gelang tawaduk dan jari-jemari dengan cincin ukhwah.
5.Pakailah giwang mustamik (pendengar) yang taat kepada Allah dan Rasulullah nescaya anda semakin anggun.
6.Rawatlah rambut anda dengan jilbab Islami yang menghilangkan panahan pandangan lelaki yang merbahaya.
7.Pakailah sabun istiqhfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
8.Sebaik-baik kalung anda ialah kalung kesucian.
9.Bedakilah wajah anda dengan air wudhuk nescaya muka akan bercahaya di akhirat.

 Sumber dari buku Petua membuat Orang Jatuh Cinta oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Fatimah Syarha Nordin.

0 comments: