BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

السلام عليكم

Sabtu, 23 Oktober 2010

ADAKAH NIKE HALAL ATAU HARAM??



Assalamualaikum pembaca2 dihormati,

Bolehkah sesuatu jenama menjadi haram? Rakan terus memberi respon,"Oi, kau gila ke? Kau ingat aku makan kasut Nike aku ke?". Menjadi kebiasaan untuk kita semua untuk mengaitkan halal dan haram kepada makanan dan minuman tetapi kita mesti tahu halal dan haram juga terdapat dalam cara pemakaian, pekerjaan dan lain2.

Jadi, bagaimana dengan jenama Nike? Nike telah memberikan sponsor kepada banyak pasukan sukan luar dan dalam negara. Apa masalah dengan menggunakan jenama Nike? Boleh pakai atau tidak?

Jenama Nike tidak asing kepada kita semua. Semua org tahu jenama Nike dan kualitinya yang bagus dan tahan. Antara produk2 Nike adalah kasut, baju, pakaian sukan, alatan sukan dan sebagainya. Harga jenama Nike yang sedikit mahal dari jenama2 yang lain tidak menjadi masalah kerana ia sangat terkanal dan terjamin mutunya. Namun begitu, sedikit permasalahan timbul apabila kita meneliti jenama itu betul2.

Sebelum apa2 mari kita fikir sejenak... Bolehkah kita memakai pakaian yang tertera lambang2 dari agama lain. Contohnya, bolehkan kita memakai kasut yang ade lambang salib? Bolehkah kita memakai baju yang tertera gambar Buddha? Jika difikir secara rasional tentunya tidak boleh. "Mestilah tak boleh, haram tu. Nanti ape kate orang pulak."

Kembali ke topik asal. Bagaimanakah jenama Nike bole menjadi haram? Jenama Nike sebenarnya diambil daripada nama tuhan greek iaitu Nike. Nike(tuhan greek) melambangkan kekuatan, kepantasan dan kemenangan. "Iye je kau nie... Memandai je.. Ape buktinye?" kata rakan. Saya tidak akan menulis tentang ini jika tiada bukti. Jadi, mari kita buat carian di wikipedia tentang Nike. Keputusan berikut diperolehi:




Daripada wikipedia, kita dapat pengesahan bahawa Nike memang nama tuhan greek yang melambangkan kemenangan. Jadi, bolehkah kita memakai pakain dengan nama Nike? "Itu bukti name je. Jenama Nike tak ade kene mengena ngan tuhan tu." kata rakan itu. Untuk membuktikan kaitannya, kita siasat profile syarikat Nike. Keputusan berikut diperolehi:

Baca di bahagian FOUNDING. It wasn’t until 1971 that BRS introduced the concept of the Greek winged Goddess of victory—Nike— followed by the launch in 1972 of the company we know today as Nike. Jelas sekali jenama Nike memang diambil bersempena dengan tuhan greek, Nike. Maklumat itu juga boleh didapati di wikipedia:

Wikipedia juga menunjukkan jenama Nike diambil dari tuhank greek Nike. Lebih lagi, lambang Nike, "swoosh" melambangkan sayap tuhan greek itu.The Nike Swoosh logo represents the wing in the famous statue of the Greek Goddess of victory, Nike, who was the source of inspiration for many great and courageous warriors. Cuba pergi ke link ini:


Nama jenama Nike diambil dari  tuhan greek dan lambang atau logo Nike melambangkan sayap tuhan greek itu. Rakan kita mula percaya tetapi berkata "Aku pakai bukan nak memuja tuhan tu. Ramai je yang pakai. Logo tu pon tunjuk sayap je, bukan dewa tu. Pakai ikut niat la".

Mari kita fikir balik. Bolehkah kita memakai baju yang tertulis padanya buddha dengan niat bukan untuk memujanya? Atau bolehkah kita memakai baju yang terdapat gambar kepala buddha dengan niat bukan untuk memujanya? Mestilah tidak boleh juga. Jadi tiada bezanya dengan Nike. Nike adalah tuhan greek dan digunakan untuk jenama Nike.

Masalah juga timbul dengan sikap manusia. Manusia susah untuk menerima perubahan atau mengubah sesuatu dalam sekelip mata. Mesti timbul cubaan2 untuk menunjukkan yang mereka betul walaupun mereka tahu apa yang dibuat adalah salah. Syaitan memang suka buatkan manusia berasa seperti itu. Seseorang itu tahu apa yang dibuatnya salah tetapi mereka menyedapkan hati dengan alasan2 sendiri. Hakikatnya, yang haram tetap haram.

Kesimpulannya, jenama Nike diambil daripada tuhan greek Nike dan logo Nike melambangkan sayap tuhan greek itu. Sebolehnya, kita perlu elak dari terus memakai jenama itu kerana perkara sebegini tidak dibenarkan dalam Islam.

Sentiasa mencari yang halal,

pERsOaLaNkAH iNi????

Rasanya dah lama aku xupdate blog ni..maklumla minggu2 terakhir ni sibuk dengan tugasan nak study untuk exam lagi. Tapi alhamdulillah  masa yang ada ini sempat juga berkongsi pengetahuan serba sedikit:-) Jom kita terokai persoalan yang pernah bermain2 diminda...
KENAPA AKU DIUJI?


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12



Rabu, 20 Oktober 2010

PaPaN aJaiB

Aku namakan dia papan ajaib sebabnya senang tau nak bawanya ke mana sahaja.
Jika boring mengajar di dalam kelas, aku akan bawa papan ajaib dan pelajarku ke taman untuk menikmati 
keindahan ciptaan Allah.
Huhuhu~~~agak kelakar......

 Tara dah siap....
Kalau kita nk buat teka teki kepada pelajar puun boleh
cuma tunjuk dan suruh pelajar jawab apa yang dimaksudkan dengan perkataan arab itu.
Simple kan??? Tapi ada manfaatnya...........

WaNiTa DaN PoHoN sEmALu...

bungapokoksemalu
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklahmengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
3316610728_9b78176299
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahumempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
3082400496_3efe2f7d66
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Sungguhpun kita tidak nampak akan kepentingan si pohon semalu, akan tetapi tersiratnya sungguh kuat dan kukuh utk kita jadikan pengajaran… Jangan kita memandang sesuatu perkara dengan bermacam kelemahan, akan tetapi berfikir akan kenapa ciptaannya… dan mengambil pelajaran darinya…
Wallahualam…

KeLuAsaN NeRaKa (TaHukaH AnDa???)


Ya sememangnya kita seringkali lalai dengan tindakan kita seharian, kengkadangkita melebihkan dunia dari akhirat walhal apa yang penting kita menyeimbangkan antara akhirat dan dunia.. bahkan sekarang kita melebihkan dunia dari segalanya, kita sibuk mencari wang untuk hidup malah kita akan tinggalkan kepentingan ibadah kita kepada allah malah ada yang melupakan terus…
Dalam fatrah kali ini saya ingin kongsikan bersama keluasan neraka sebagai ilmu kita bersama. dan untuk mengingatkan diri kita tentang dunia akhirat yang kita takuti… dan yg pasti akan kita lalui suatu hari kelak.. nescaya pada masa itu seorang pun diantara kita tidak akan dapat lari dari hari perhitungan…

Keluasan Neraka yang amat dasyat Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya….Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.” Lalu nabi s. a. w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”
Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu a! da tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s. a. w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?” Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s. a. w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?” Jawab Jibrail: “Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa
a. s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.” Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?” Jawabnya: “Di dalamnya
orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.”
Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?” Jawabnya:

“Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.” Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila
sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab “Peringatan Bagi Yg Lalai”)
Dari Hadith ! Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua’lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159″ Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..





iBuUu


Ibu…
dikala diri ini merinduimu…
ku sering kali mengenangkan kisah diriku bersamamu…
ku seringkali melukai hatimu…
kekadang diri ini,
tidak sedar diri melukai hatimu…
diri ini amat menyesali dgn apa yang telah berlaku…
diri ini amat bersalah kepadamu…
ibu..
sejauh mana pun diri ini melankah…
sejauh mana pun jarak kita…
sejauh mana pun kita berada…
aku tetap merinduimu…
ibu….
diri ini kini berada jauh diperantauan…
mencari ilmu membela nasib diri…
mencari ilmu untuk sesuap rezeki..
mencari ilmu demi membela nasib ummah…
mencari ilmu demi membela agama…
mencari ilmu demi bangsa…
ibu…
redhakan lah segala keringatmu selama ini…
diri ini memerlukan restu dari mu….
untuk meneruskan hidup yg hakiki…
ibu…
segala jasa yang dicurahkan selama ini…
segala pengorbanan mu…
segala kasih dan sayang mu..
segala jerih perih penderitaanmu…
dalam mendidik, membela, mengajar diriku selama ini…
sehinggakan ku mencapai ketahap ini…
tidak dapat ku balasi dengan wang emas atau pun perak…
tapi diri ini hanya mampu membalasinya…
hanya dengan bakti, kasih, dan anak yg soleh untuk mu…
insyaAllah…
Ibu…
doakan lah diri ini selalu berada dibawah rahmatNya…
berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran…
dalam mencari ilmu duniawi dan ukhrawi…

Selasa, 19 Oktober 2010

KoLeKsi YoUTuBe

video
video
video
video
video
video
video
video
video
video