BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

السلام عليكم

Khamis, 26 Ogos 2010

Waktu dan Tanda-tanda Lailatul Qadar

Ibnu Umar menyatakan ada sahabat Nabi s.a.w bermimpi  Lailatul Qadar datang pada tujuh malam yang terakhir ramadhan. Rasulullah juga berkata "Aku juga melihat tanda yang sama dengan kalian, oleh itu siapa yang inginkan Lailatul Qadar perolehinya pada tujuh malam yang terakhir" Lailatul Qadar juga mempunyai keistimewaan di dalam Islam. Malam itu diakui lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu para malaikat  termasuk malaikat Jibrail turun bagi mengatur semua urusan. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sehingga munculnya fajar. Sama seperti mati, Lailatul Qadar juga dirahsiakan kehadirannya oleh Allah. Ini kerana supaya manusia menggunakan waktunya untuk beribada dan mengingati Allah. Rekod Muslim menyatakan Laikatul Qadar jatuh pada tujuh malam terakhir sedangkan rekod Bukhari menyatakan Lailatul Qadar jauh pada 10 malam terakhir.

Dalam hadis yang direkodkan oleh Ali, Rasulullah s.a.w berkata "Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir ramadhan, apabila anda kehilangan hari-hari sebelumnya jangan pula anda terlepas malam-malam yang terakhir" sebahagian ulama berpendapat Lailatul Qadar jatuh pada 22 dan terakhir jatuh pada malam ke 28. Ini berdasarkan hadis yang direkodkan oleh Bukhari dan Ibnu Abbas.Rasulullah berkata " Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir ramadhan. Namun Lailatul Qadar jatuh pada malam yang  ganjil.

Daripada hadis yang berbeza lahirlah pendapat ulama ynag pelnagai. Direkodkan terdapat tidak kurang daripada 40 yang berpeza perihal Lailatul Qadar. Apa pun Lailatul Qadar mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak dapat kita kenali kecuali selepas malam itu berlalu. Salah satu keistimewaan itu adalah matahati terbirt seperti biasa tetapi tidak memencarkan cahaya dan redup. Matahari tidak bersinar terang seperti hari biasa pada haru sesudah Lailatul Qadar. Ini berdasarkan hadis dari Zur bin Huraisy. Beliau berkata, saya mendengar Ubay bin Kaab menyatakan " orang yang bangun di tengah selama sebulan beliau menemui Lailatul Qadar " Ayahku berkata, " Demi Allah yang tiada tuhan disembah melainkan Allah Lailatul Qadar ditemui dalam bulan ramadhan.

Ada yang menemui Lailatul Qadar dengan beribadah tanpa melihat keganjilan malam itu dan  ada pula yang melihat keganjilannya tanpa beribadah kepada Allah. Hal ini lebih utama kedudukannya disisi Allah bagi orang beribadah  walaupun tanpa melihat keganjilan pada malam itu.Sebahagian pendapat menyatakan salah satu ciri Lailatul Qadar adalah semua yang ada di bumi tunduk dan sujud kepada Allah. Sebahagian yang lain menyatakan dunia terang benderang, kita dapat melihat cahaya di mana-mana sahaja walaupun di tempat yang kebiasaannya gelap. 

Ada yang menyatakan orang yang memperolehi Lailatul Qadar dapat mendengar salam dan percakapan malaikat. ada pula yang mengatakan salah satu ciri Lailatul Qadar adalah dosa orang yang diberikan petunjuk akan dikabulkan oleh Allah.

Sama-sama kita rebutkan malam yang penuh dengan magfirullah.    

  

0 comments: